Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Friday, December 10, 2010

Menangis la sepuas-puasnya

Rini aku nk bgtahu semua pasal tangisan..
Kalo korang nk taw ada kelebihan kita menangis taw..
Antara faedah-faedah tangisan :

1. Membantu penglihatan
Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah penyahhidratan pada membran mata yang boleh membuat penglihatan kabur.

2. Membunuh bakteria
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut lisozom yang dapat membunuh kira-kira 90-95 peratus bakteria-bakteria yang terdapat dalam tempoh 5 minit.

3. Mengurangkan stres

Air mata ternyata dapat mengurangkan hormon stres yang terdapat dlm tubuh. Selain menurunkan tahap stres, air mata juga membantu melawan penyakit2 yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

4. Melegakan perasaan
Sama ada anda stres, sedih, fikiran ternganggu, setelah menangis anda akan rasa lega dan tidak kusut lagi.

5. Meningkatkan mood
Setelah menangis seseorg itu dapat menurunkan tahap stres, sekali gus akan berasa lega. Air mata yang dihasilkan daripada menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk sistem metabolisme badan.

p/s : kalau korang tengah nangis, nangis la sepuas-puasnya.. Moga korang dapat faedah daripada tangisan korang erk! hehe.

0 comments:

Post a Comment